Cari Pakej
PAKEJ BERKUMPULAN

Terma & Syarat Tempahan Berkumpulan

Terma ini menerangkan pembayaran, perubahan, pembatalan dan tanggungjawab traveller bagi pakej berkumpulan IBC Tours.

1. Tempahan dan deposit

Tempat hanya dianggap ditempah selepas borang lengkap dan deposit diterima. Deposit setiap pakej dinyatakan pada quotation atau invois.

Harga promosi, voucher dan hadiah tertakluk kepada tempoh kempen, pakej yang layak dan rekod pembayaran.

2. Baki bayaran

Tarikh akhir bayaran pada invois mesti dipatuhi kerana IBC perlu membayar airline, hotel dan operator luar negara. Kegagalan membayar boleh menyebabkan tempat dilepaskan atau tempahan dibatalkan.

3. Harga dan bilik

Harga dewasa twin, dewasa single, child with bed dan child without bed adalah berbeza. Single supplement, perubahan bilik dan permintaan khas dicaj berasingan.

4. Penerbangan dan itinerary

Airline, waktu penerbangan, hotel dan susunan lawatan boleh berubah atas faktor operasi, keselamatan, cuaca atau arahan pihak berkuasa.

Perubahan susunan tanpa mengurangkan komponen utama tidak dianggap pembatalan pakej.

5. Tips, insurans dan visa

Tips guide dan driver RM200 seorang adalah wajib bagi pakej yang menyatakannya. Travel insurance adalah pilihan kecuali diwajibkan oleh destinasi.

Traveller bertanggungjawab memastikan passport sah dan mematuhi visa serta syarat imigresen. Caj visa tidak termasuk melainkan dinyatakan.

6. Pembatalan dan refund

Caj pembatalan bergantung pada tarikh pembatalan dan kos tidak boleh dipulangkan daripada airline, hotel, visa dan operator. Pengiraan rasmi akan diberi selepas semakan kos sebenar.

Dokumen ini hendaklah dibaca bersama quotation, invois dan itinerary khusus pakej. Jika berlaku percanggahan, terma bertulis pada dokumen tempahan yang paling terkini akan digunakan.