Cari Pakej
PRIVATE FIT & GROUND

Terma & Syarat Pakej Private

Terma untuk perjalanan tailor-made, Private FIT dan Ground Arrangement / Land Only.

1. Skop quotation

Quotation dibina berdasarkan tarikh, jumlah traveller, jenis bilik, hotel, transport, makan dan lawatan yang diminta. Ground Arrangement tidak termasuk tiket penerbangan kecuali dinyatakan secara bertulis.

2. Validity dan perubahan harga

Harga hanya sah sepanjang tempoh validity quotation. Kadar tukaran mata wang, availability hotel, tiket tarikan dan pengangkutan boleh berubah sebelum deposit diterima.

3. Deposit dan pengesahan

Tempahan hanya disahkan selepas deposit diterima dan semua supplier utama mengesahkan availability. Alternatif setara akan dicadangkan jika pilihan asal tidak lagi tersedia.

4. Perubahan bilangan pax

Harga seorang dikira berdasarkan saiz kumpulan. Jika jumlah traveller berubah, harga seorang dan jumlah keseluruhan akan dikira semula.

5. Pembatalan

Deposit dan bayaran kepada supplier mungkin tidak boleh dipulangkan. Caj sebenar akan ditentukan berdasarkan syarat hotel, transport, guide, tiket dan pihak ketiga.

6. Tanggungjawab traveller

Traveller perlu memberikan nama passport, umur kanak-kanak, keperluan mobiliti, makanan, visa dan maklumat kesihatan relevan dengan tepat sebelum pengesahan.

Dokumen ini hendaklah dibaca bersama quotation, invois dan itinerary khusus pakej. Jika berlaku percanggahan, terma bertulis pada dokumen tempahan yang paling terkini akan digunakan.